Sejarah
Sekolah:
SMU(A) KHAIRIAH BANGGOL SETOL
SEJARAH AWAL PENUBUHAN
Sekolah
Menengah Ugama Arab Khairiah pada awal penubuhannya adalah berteraskan
pendidikan berasaskan sistem pengajian pondok.
Pendidikan berasaskan sistem pengajian pondok
telahmemainkan peranan yang amat besar kepada
perkembangan pendidikan ummah di Malaysia.
Sekolah
ini pada dasarnya adalah merupakan sebahagian daripada Institusi
Pondok Al Khairiah yang mana telah lama wujud
sebagai produk ilmu sebelum
ianya
diambil sepenuhya di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Antara
kegiatan pendidikan di bawah pengurusan Pondok
Al- Khairiah ialah Pusat
Asuhan Tunas Islam (PASTI), Kelas Pengajian
Al-Quran (Qiraati), Asrama
Warga Tua Al- Khatijah dan juga Program Halaqah
Ilmu.
Pondok
Al-Khairiah Banggol Setol mula dibuka oleh Tuan Guru Haji Zakaria
pada tahun 1953 sekembalinya beliau dari
Mekah. Kekaguman beliau terhadap
perjuangan Tajdid Wa Al Islah yang dipelopori
oleh Muhammad Abduh dan
gurunya
Jamaluddin Al-Afghani menaikkan semangat beliau menubuhkan institusi ini.
[ Tuan Guru Haji Zakaria B. Ismail ]
Pada permulaan pembukaannya, pusat
pengajaran pondok ini
bertempat di ‘balaisah’. Tapak ‘balaisah’ ini telah
diwakafkan
khusus kepada tuan guru Hj Zakaria oleh datuk
saudaranya iaitu
Yaakob iaitu
adik kepada neneknya yang bernama Tok Mekbar.
‘Balaisah’
ini telah dibina secara gotong royong oleh generasi
awal
penempatan pondok ini. Bagi menampung pelajar yang
semakin ramai, akhirnya sebuah masjid yang lebih
besar didirikan
di tapak tanah isteri Hj Zakaria iaitu Hajjah
Saudah. Kawasan
di sekitar
balaisah dikhususkan untuk mendirikan pondok bagi
pelajar
perempuan dan di kawasan masjid pula didirikan
pondok-pondok untuk pelajar lelaki. Pada
peringkat awal
penubuhan
pondok ini, corak pengajian adalah dalam bentuk
halaqat iaitu menadah kitab.
PENUBUHAN SMUAK
Selepas penubuhan MAIK ( Majlis agama
Islam
Kelantan)
pada tahun 1915, beberapa langkah
telah diambil
bagi memajukan sistem pendidikan
Islam di
Kelantan. Antaranya ialah dengan membuka
sekolah.
Dalam tempoh dua dekad iaitu dari tahun
1940– 1960,
persekolahan Majlis berada di
peringkat
kemuncak, makmur dan gemilang.
Sebagai
menyahut perkembangan semasa yang
berlaku,
pondok Banggol Stol telah melangkah
seiring
dengan perkembangan zaman. Dari asas
pondok dengan
sistem menadah kitab di Masjid,
sebuah
sekolah didirikan dan diasaskan oleh Tuan
Guru Haji
Zakaria sendiri pada tahun 1963.
Sekolah
tersebut diberi nama Sekolah Menengah
Ugama Arab Khairiah Banggol Setol.
[Pelajar Terawal SMUAK ]
Tapak SMUAK asal adalah di kawasan
Masjid Pondok
Al-Khairiah. Apabila bilangan pelajar semakin
meningkat,
bangunannya dipindahkan di kawasan
bertentangan
dengan tapak bangunan sekolah sekarang. Selepas itu,
sekolah ini berpindah lagi ke tapak wakaf
SMUAK
sekarang. Pembinaannya dimulakan dengan
membina
hanya sebuah bangunan yang mempunyai beberapa
bilik
darjah sahaja dan sebuah bilik guru. Kemudian, pada
tahun 2000 bangunan baru 3 tingkat dibina
bertentangan
dengan bangunan lama.
Ramai
pelajar dari daerah-daerah berhampiran seperti
Tanah Merah, Rantau Panjang , Pasir Mas dan
pelajar-
pelajar dari Selatan Thailand
datang ke kampung ini
untuk menimba ilmu.
Pada
permulaan, sistem pengajian pondok masih
lagi dikekalkan tetapi setelah berakhir sesi
persekolahan.
Gabungan sistem pondok dan
persekolahan telah membentuk
keperibadian sukakan ilmu dikalangan pelajar
dan masyarakat
setempat.
[Senarai Pengetua]
1. Tuan Guru Hj Zakaria Bin Ismail (Pengasas/ 1963-1969)
2. Hj Yusof Bin Ismail (1977-1981)
3. Nordin Bin Umar (1982)
4. Mokhtar Bin Mohamad (1983)
5. Sahabudin Bin Abd Raman (1984)
6. Arifin Bin Hussin (1995)
7. Abdul Latif Bin Awang (1996-1997)
8. Che Wahid Bin Che Soh (1998-2000)
9. Zainuddin Bin Ismail (2000-2005)
10. Ismail Bin Yahya (2005-2006)
11. Muhd Rosli Bin Zakaria (2006 - 2009)
12. Mohd Suazhar Bin Abdullah (2009 - 2013)
13. Asri Bin Mohd Zain (2013 – Sekarang)
|
PENGETUA KE-2
Tuan Guru Hj Mat Yusoff Bin Ismail
(1938-1995)
[Latar Belakang Pendidikan dan Kerjaya]
Ø Pendidikan awal Di Pondok Lati
Ø Ijazah BA Jurusan Usuluddin,Bidang Dakwah dan Ilmu Feqah Dari
Universiti Islam Madinah.
Ø Dilantik sebagai ahli jawatan kuasa undang-undang (FATWA),majlis Agama Islam
Sabah.(1973)
Ø Mengajar di Maktab Perguruan GAYA Sabah (1974)
Ø Dilantik sebagai pelawat Muballigh Di Sabah.(1976)
Ø Pulang ke Kelantan seterusnya mengajar di Sekolah Menengah Ugama Arab Al-Khairiah
Banggol Setol dan pernah menjadi Mudir (1977)
Ø Mengajar di Sekolah Menengah Ugama Tarbiah DIniah Gong Kemuning Pasir Putih.(1980)
Ø Dilantik menjadi Penyelia Halaqat Parlimen Rantau Panjang.(1991)meninggal dalam
jawatan(1995)
[ Bakti Disemai ]
Ø Menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Rantau Panjang Sebagai Ketua Lujnah
Tarbiah.(1983-1985)
Ø Pegawai Penerangan PAS Negeri Kelantan.(1984)
Ø Mendapat Anugerah Guru Terbaik Seluruh Kelantan dalam mata Pelajaran Tauhid,Nahu dan
Soraf.(1977)
Ø Mengajar dikampung-kampung di sekitar Pasir Mas,Masjid Muhammadi hingga ke
Jerteh,Terengganu.
Ø Dianugerahkan Allah Mempunyai kemahiran Mengubati Penyakit Gangguan
Makhluk Halus menggunakan ayat-ayat Suci Al-Quran.
Semoga SMU (A) Khairiah Banggol Setol,akan
terus menjadi sebuah
wadah
pendidikan berteraskan Islam yang ditubuhkan untuk membantu
anak-anak memahami Islam dengan lebih
jitu.Pendidikan seimbang yang
menggabungkan sistem akademik dan
agama (sukatan Al-Azhar) adalah
pilihan
terbaik untuk menjamin kecemerlangan anak-anak di dunia dan akhirat
dan dapat
merealisasikan Falsafah dan Pendidikan Yayasan Islam Kelantan
bagi mengembalikan
Tradisi Kegemilangan Sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan